Kuala Lumpur 11 Dis – Microlink Systems Sdn Bhd telah menerima anugerah khas di atas sumbangannya yang cemerlang kepada Industri Kewangan Islam bagi kategori penyelesaian Teknologi Maklumat (IT) daripada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2005).
Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop baru-baru ini.
Microlink Systems terplilih berdasarkan pencapainnya termasuk prestasi pasaran, perlaksanaan projek, inovasi teknologi dan kepimpinan, kata syarikat itu dalam kenyataanya di sini.